Majlis Perundingan Kampung Batang Tuau akan menyertai Expo Produk Mukim dan Kampung Daerah Temburong yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Mac 2010 bertempat di Giant Hypermarket Kampung Rimba. Produk kampung Batang Tuau, Keropok Nanggalah bolehlah didapati di Expo tersebut nanti.
Expo Produk Mukim dan Kampung Daerah Temburong
Posted in Uncategorized
MAJLIS KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA MPK BATANG TUAU & SERI TANJUNG BELAYANG
Posted in Uncategorized
Sambutan Hari Raya Di Kampung Batang Tuau & Tanjung Belayang

Diantara Penduduk Kampung yang hadir dalam Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Kampung Batang Tuau dan Seri Tanjung Belayang
Temburong, 16 Oktober 2009 – Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di kawasan perumahan Ketua Kampung Batang Tuau & Seri Tanjung Belayang. Hadir sebagai Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Penghulu Mukim Bangar, Haji Hamdan bin Haji Awang Besar. Dengan diadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung ini, maka dapatlah penduduk kampung mengeratkan lagi tali silaturahim di kampung berkenaan.
Comments Off
Posted in Uncategorized
Merobohkan Surau Lama Kampung Batang Tuau

16 Ogos 2009, Ahli Majlis Perundingan Kampung dan Penduduk Batang Tuau dan Seri Tanjung Belayang telah mengadakan gotong royong merobohkan surau lama Kampung Batang Tuau. Surau tersebut terletak bersebelahan dengan rumah Ketua Kampung Batang Tuau. Surau ini dibina pada tahun 1979 dan digunakan oleh penduduk Kampung Batang Tuau dan Seri Tanjung Belayang. Setelah terbinanya surau baru, surau tersebut telah menjadi terbiar dan usang. Turut hadir dalam gotong royong tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah, Pg Mohd Amirrizal bin Pg Haji Mahmud dan juga Pegawai serta Kakitangan Jabatan Daerah Temburong.
Posted in Uncategorized
Majlis Makan Doa Arwah Sekampung

14 Ogos 2009, Kampung Batang Tuau telah bergotong royong menyediakan jamuan untuk Majlis Makan Doa Arwah Sekampung bagi Kampung tersebut. Majlis Makan Doa Arwah ini dilakukan setiap setahun sekali di semua kampung bagi memohon berkat dan keampunan bagi ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.
Posted in Uncategorized

