
16 Ogos 2009, Ahli Majlis Perundingan Kampung dan Penduduk Batang Tuau dan Seri Tanjung Belayang telah mengadakan gotong royong merobohkan surau lama Kampung Batang Tuau. Surau tersebut terletak bersebelahan dengan rumah Ketua Kampung Batang Tuau. Surau ini dibina pada tahun 1979 dan digunakan oleh penduduk Kampung Batang Tuau dan Seri Tanjung Belayang. Setelah terbinanya surau baru, surau tersebut telah menjadi terbiar dan usang. Turut hadir dalam gotong royong tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah, Pg Mohd Amirrizal bin Pg Haji Mahmud dan juga Pegawai serta Kakitangan Jabatan Daerah Temburong.
Advertisement